Tuesday, April 22, 2008

'Melampau" Dalam Beramal

Di dalam sebuah hadith Riwayat Tirmizi diceritakan bahawa sahabat Abu Darda' r. a. telah dijangkit penyakit "melampau-melampau" dalam beramal.

Abu Darda' dan Salman telah dipersaudarakan. Suatu hari sahabat Salman r. a. telah melawat beliau. Ketika itu dia tiada dan kelihatan isteri Abu Darda' yang di dalam keadaan yang lusuh. Apabila ditanya, isterinya bertanya, "Sessunguhnya Abu Darda' tidak lagi memerlukan dunia." Abu Darda' telah beribadat di masjid, sehingga melupakan isteri di rumah. Lalu, apa guna isteri bercantik-cantik?

Seterusnya Abu Darda' pulang dari masjid. Salman dijemput makan, namun Abu Darda tidak menjamah kerana beliau berpuasa. Pada malam harinya, ketika waktu tidur, Abu Darda bangun untuk bertahajud. Salman lalu menegur Abu Darda dan menyuruh beliau tidur semula.

Esoknya Salman berpesan, "Sesungguhnya dirimu mempunyai hak ke atasmu. Tuhanmu mempunyai hal atasmu, tamumu mempunyai hak ke atas mu, dan bagi ahli kamu(isteri dan anak) atas kamu adalah hak. Maka berilah hak kepada tiap-tiap yang mempunyai hak itu akan haknya."

Hadith ini mengajar kita untuk meletak keutamaan di dalam beramal. Hidup lebih seimbang. Itulah ciri-ciri peribadi Islam yang cantik.

No comments: