Tuesday, April 22, 2008

Tiga Ekor Kambing

DI DALAM sebuah negeri terdapat 3 ekor kambing yang hidup meragut rumput di sebuah padang yang amat luas. Kehidupan mereka sungguh harmoni, aman dan damai serta tolong menolong dan bekerjasama melawan serangan musuh. Kerana mereka bersatu padu, tidak ada musuh yang berani menghampiri mereka.

Penghulu mereka, Puteh, sesuai dengan warnanya, adalah yang paling tua di antara kambing-kambing itu dan amat prihatin terhadap 2 ekor kambing di bawah tanggungjawabnya; Hitam dan juga Oren!

Pada suatu hari, kelihatan seekor serigala dari celahan bukit sambil memerhatikan segala tindak tanduk Puteh, Hitam dan terutama sekali si Oren yang 'sihat'. Selama 3 hari sang serigala berkeliaran di kawasan tersebut, meninjau dari setiap sudut dan penjuru seolah-olah membuat perkiraan taktik dan strategi.

Pada hari ke-4, sang serigala dengan bersusah payah menyembunyikan taringnya turun ke lembah padang ragut dan bertemu dengan kambing-kambing tersebut.

"Wahai kambing-kambing yang budiman, aku amat memuji akan tingkah laku kalian yang tinggal bersama-sama tolong menolong sesama kamu, hidup dengan aman dan bahagia," kata sang serigala dengan nada yang lembut.

"Jika beginilah amalan kamu, maka tidak hairanlah tiada gangguan yang menimpa kamu."

"Oh! Terima kasih atas pujian mu sang serigala. Nampak sungguh kamu mempunyai budi pekerti yang sangat tinggi dan budi bahasa yang sangat lembut," balas Puteh sambil yang lain mengangguk-angguk setuju dan gembira dengan kata manis si serigala.

Kemudian pada hari berikutnya, sedang si Oren meragut rumput agak jauh dari kumpulan tersebut, sang serigala berjumpa dengan si Puteh dan si Hitam bagi melaksanakan rancangan jahatnya. Dia berkata dengan bahasa yang manis bahawa amatlah pelik bagi seekor kambing berwarna oren.

Dia mencadangkan agar dibiarkan sahaja kambing oren itu dimakan olehnya agar lebih luas lagi padang ragut milik kambing berdua tersebut. Setelah berfikir sejenak, mereka berfikir bahawa benar dakwaan si serigala. Maka mereka membenarkan si serigala memakan Oren.

Keesokan harinya, Puteh dan Hitam mengajak Oren untuk menikmati rumput- rumputan liar di sebalik bukit. Setelah beberapa ketika, dengan sengaja Puteh dan Hitam mengundur diri untuk pulang meninggalkan si Oren bersendirian. Tiba-tiba sang serigala muncul dari balik pohonan.

"Apa yang kau mahu?," kata Oren.

"Engkau, wahai Oren, adalah makanan aku pada hari ini. Dan yang lebih hebat dari itu ialah..... kawan-kawan kau, si Puteh dan si Hitam, merelakannya. Hahaha!"

Oren amat terkejut mendengar kata-kata ini lalu tertumpahlah darahnya di atas muka bumi..... Setelah beberapa bulan lamanya strategi yang sama digunakan oleh sang serigala untuk membaham Hitam. Si Hitam membiarkan sahaja dirinya diterkam setelah tahu itu adalah kemahuan Puteh! Dan akhirnya, pada bulan berikutnya, tibalah giliran si Puteh.

"Wahai Puteh, apakah kau tahu apa yang akan terjadi pada hari ini?"

"Aku tahu, wahai serigala." Jawab si Puteh

"Apakah kau akan membiarkan sahaja aku membaham engkau seperti yang lainnya?!"

"Ya."

"Tapi kengapa?!" tanya sang serigala.

"KERANA SESUNGGUHNYA AKU TELAH PUN MATI SETELAH AKU MERELAKAN ENGKAU MEMAKAN SAHABAT KU SI OREN.........."

Moral:

Puteh, Hitam dan Oren mempamerkan Islam itu dianuti oleh berbagai rupa, budaya, bangsa dan warna kulit, pelbagai pemikiran, jamaah dan mazhab.

Sesungguhnya Muslim itu bersaudara. Jika seseorang Muslim itu sakit atau dalam kepayahan maka Muslim yang lain juga turut merasai keperitan.

Komuniti Islam haruslah bersatu padu di dalam ketumbukan supaya tidak mudah untuk diganggu dan dicerobohi musuh. Setiap individu Muslim adalah merupakan salah satu daripada penjuru- penjuru benteng Islam, maka hendaklah kita menjaga penjuru KITA dengan sebaik yang mungkin.

Sifat tamak (harta, pangkat dan kekayaan) serta hasad dengki hanya akan merugikan ummah, dan itulah yang sentiasa disogok oleh musuh. Musuh tidak akan berhenti untuk menghasut dan menyuntik jarum-jarum kacau- bilau di dalam masyarakat Islam.

Perancangan musuh amat sistematik dan terperinci dalam memerangi kita maka seharusnya kita juga mesti begitu.

Darah Muslim di dalam dunia hari ini sangat murah! Di seluruh dunia, umat Islam ditindas dan dibunuh akibat 'Order Dunia Baru'!

Maka tertumpahlah darah Muslim di atas muka bumi.............. setiap saat yang berlalu.

Bersedekah Dalam Islam

BERSEDEKAH dalam Islam bukan sekadar memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan. Konsep bersedekah dalam Islam adalah luas, membabitkan perkara yang membawa kebaikan.

Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang yang mengadili dua orang adalah sedekah.

"Membantu orang dengan menaikkan barangannya ke atas binatang tunggangannya adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk pergi mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang merbahaya di jalanan adalah sedekah." (Hadis riwayat Bukhori)

Dalam sebuah hadis lain mengenai konsep sedekah yang diriwayatkan oleh Abu Dzar, beliau menceritakan beberapa sahabat Nabi berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, orang kaya mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa. Tetapi mereka bersedekah dengan harta mereka yang lebih.

"Rasulullah pun bersabda: Tidakkah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedekah? Sesungguhnya setiap satu tasbih adalah sedekah, setiap satu takbir adalah sedekah, setiap satu tahmid adalah sedekah, setiap satu tahlil adalah sedekah, setiap suruhan makruf adalah sedekah, setiap tegahan daripada kemungkaran adalah sedekah, jimak seorang daripada kamu adalah sedekah.

"Sahabat berkata, ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi syahwatnya, dia diberikan pahala? Rasulullah menjawab: "Hendaklah kamu ingat bahawa jika sekiranya dia melepaskannya pada yang haram, tidakkah dia akan berdosa? Maka demikianlah, jika dia melepaskan syahwatnya pada yang halal nescaya dia akan mendapat pahala."

Setiap kebaikan yang dilakukan sama ada dalam bentuk kerohanian dan fizikal sebenarnya adalah sedekah. Amalan sedekah juga lambang kebenaran iman kerana makna sedekah itu sendiri bermaksud 'benar'. Orang yang bersedekah adalah mereka yang benar dan mempercayai kebenaran ajaran Islam yang suci.

Setiap orang yang benar dan berbuat kebajikan nescaya diberkati Allah dengan kesejahteraan hidup dan mendapat rahmat. Orang yang bersedekah adalah dermawan, manakala yang bakhil adalah seteru Allah.

Dalam surah al-Lail, Allah telah menyatakan tentang sifat kedekut dan ego, di mana orang yang bersifat demikian kehidupannya akan dipenuhi dengan liku yang sukar dan bermasalah.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tuhan tidak akan merahmati sesiapa yang tidak berperikemanusiaan, iaitu tidak bersifat kasih sayang terhadap orang lain."

Keberkatan yang lahir daripada sedekah terlalu banyak. Namun, apa yang dinyatakan ini adalah yang akan jelas terpapar daripada wajah orang bersifat murah hati ini apabila melalui beberapa peringkat hidupnya iaitu:

# KEBERKATAN HIDUP

Seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang.

Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Menggembirakan hati seseorang mukmin adalah terlebih baik daripada beribadat sunat selama enam puluh tahun."

# KEBERKATAN KETIKA PADA PENGHUJUNG KEHIDUPAN

Pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah bahkan akan dirahmati-Nya kerana kebaikannya itu.

Seseorang yang tidak suka bersedekah umpama seseorang yang mempunyai benih tanaman, tetapi tidak pula ia menanamnya. Orang yang tidak suka bersedekah tidak akan dapat memungut atau menuai hasil sedekahnya itu.

Rasulullah menegaskan dalam hadis baginda bermaksud: "Mati itu umpama gelas di mana setiap orang akan meneguk daripadanya."

# KETIKA DI ALAM BARZAKH

Orang yang bersedekah pastinya dalam kubur akan terhindar daripada fitnah dan sebarang kengerian yang begitu menakutkan. Alam kubur sebenarnya adalah untuk orang yang beribadat dan berbuat kebaikan dalam hidupnya.

# KETIKA DI ALAM AKHIRAT

Apabila dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat di dunia. Ini pasti dapat mengelakkan daripada ditimpa kepanasan di alam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya.

# MENJADI BENTENG API NERAKA

Sedekah akan menjadi benteng daripada api neraka kepada seseorang yang bersedekah walaupun sedikit.

Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah antaranya: "Sesiapa yang berkemampuan untuk melindungi dirinya daripada api neraka walaupun dengan hanya bersedekah sebelah buah tamar, hendaklah dia melakukannya."

Dalam sebuah hadis lain, baginda bersabda yang bemaksud: "Takutilah kamu akan api neraka, bersedekahlah sebelah buah tamar, dan jika kamu tidak mampu melakukannya, maka cukuplah dengan mengucapkan satu kalimah yang baik."

Menggapai Ketenangan Jiwa

Dalam perkembangan hidupnya, manusia seringkali berhadapan dengan berbagai masalah yang mengatasinya berat.

Akibatnya timbul kecemasan, ketakutan dan ketidaktenangan, bahkan tidak sedikit manusia yang akhirnya sehingga melakukan tindakan-tindakan yang semula dianggap tidak mungkin dilakukannya, baik melakukan kejahatan terhadap orang lain seperti banyak terjadi kes pembunuhan termasuk pembunuhan terhadap anggota keluarga sendiri maupun melakukan kejahatan terhadap diri sendiri seperti meminum minuman keras dan ubat-ubat terlarang hingga tindakan bunuh diri.

Oleh kerana itu, ketenangan dan kedamaian jiwa sangat diperlukan dalam hidup ini yang terasa kian berat dihadapinya.

Itu sebabnya, setiap orang ingin memiliki ketenangan jiwa. Dengan jiwa yang tenang kehidupan ini dapat dijalani secara teratur dan benar sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.

Untuk menggapai ketenangan jiwa, banyak orang yang mencapainya dengan cara-cara yang tidak Islami, sehingga bukan ketengan jiwa yang didapat tapi malah membawa kesemrawutan dalam jiwanya itu.

Untuk itu, secara tersurat, Al-Qur'an menyebutkan beberapa cara yang perlu kita praktis.

1. DZIKRULLAH.

Dzikir kepada Allah Swt merupakan cara untuk menggapai ketenangan jiwa, yakni dzikir dalam arti selalu ingat kepada Allah dengan menghadirkan nama-Nya di dalam hati dan menyebut nama-Nya dalam berbagai kesempatan. Bila seseorang menyebut nama Allah, memang ketenangan jiwa akan diperolehnya.

Ketika berada dalam ketakutan lalu berdzikir dalam bentuk menyebut ta'awudz (mohon perlindungan Allah), dia menjadi tenang.

Ketika berbuat dosa lalu berdzikir dalam bentuk menyebut kalimat istighfar atau taubat, dia menjadi tenang kembali kerana merasa telah diampuni dosa-dosanya itu.

Ketika mendapatkan kenikmatan yang berlimpah lalu dia berdzikir dengan menyebut hamdalah, maka dia akan meraih ketenangan karena dapat memanfaatkannya dengan baik dan begitulah seterusnya sehingga dengan dzikir, ketenangan jiwa akan diperoleh seorang muslim,

Allah berfirman yang artinya: "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tentram" (Ar-Ra'ad: 28).

Untuk mencapai ketenangan jiwa, dzikir tidak hanya dilakukan dalam bentuk menyebut nama Allah, tapi juga dzikir dengan hati dan perbuatan. Karena itu, seorang mu'min selalu berdzikir kepada Allah dalam berbagai kesempatan, baik duduk, berdiri maupun berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring." (an-Nisa':103)

2. YAKIN AKAN PERTOLONGAN ALLAH.

Dalam hidup dan perjuangan, seringkali banyak mehnah, tribulasi tentangan dan hambatan yang harus dihadapi, adanya hal-hal itu seringkali membuat manusia menjadi tidak tenang yang membawa pada perasaan takut yang selalu menghantuinya. Ketidaktenangan seperti ini seringkali membuat orang yang menjalani kehidupan menjadi berputus asa dan bagi yang berjuang menjadi takluk bahkan berkhianat.

Oleh kerana itu, agar hati tetap tenang dalam perjuangan menegakkan agama Allah dan dalam menjalani kehidupan yang sesulit apapun, seorang muslim harus yakin dengan adanya pertolongan Allah dan dia juga harus yakin bahwa pertolongan Allah itu tidak hanya diberikan kepada orang-orang yang terdahulu, tapi juga untuk orang sekarang dan pada masa mendatang,

Allah berfirman yang ertinya: "Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tentram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" ('ali-Imran: 126)

"Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(al-anfal : 10)

Dengan memperhatikan betapa banyak bentuk pertolongan yang diberikan Allah kepada para Nabi dan generasi sahabat dimasa Rasulullah SAW, maka sekarangpun kita harus yakin akan memperoleh pertolongan Allah itu dan ini membuat kita menjadi tenang dalam hidup ini.

Namun harus kita ingat bahwa pertolongan Allah itu seringkali baru datang apabila seorang muslim telah mencapai kesulitan yang sangat atau dipuncak kesulitan sehingga kalau diumpamakan seperti jalan, maka jalan itu sudah buntu dan mentok. Dengan keyakinan seperti ini, seorang muslim tidak akan pernah cemas dalam menghadapi kesulitan karena memang pada hakikatnya pertolongan Allah itu dekat.

Allah berfirman yang artinya: "Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman: "bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat" (QS Al-Baqarah : 214).

3. MEMPERHATIKAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH.

Kecemasan dan ketidaktenangan jiwa adalah kerana manusia seringkali terlalu merasa yakin dengan kemampuan dirinya, akibatnya kalau ternyata dia merasakan kelemahan pada dirinya, dia menjadi takut dan tidak tenang, tapi kalau dia selalu memperhatikan bukti-bukti kekuasaan Allah dia akan menjadi yakin sehingga membuat hatinya menjadi tentram, hal ini kerana dia sedari akan besarnya kekuasaan Allah yang tidak perlu dicemasi, tapi malah untuk dikagumi.

Allah berfirman yang artinya:

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?". Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tenang (tetap mantap dengan imanku)". Allah berfirman: ("kalau begitu) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah, kemudian letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera".Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (QS al-Baqarah: 260).

4. BERSYUKUR.

Allah Swt memberikan kenikmatan kepada kita dalam jumlah yang amat banyak. Kenikmatan itu harus kita syukuri kerana dengan bersyukur kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang, hal ini kerana dengan bersyukur, kenikmatan itu akan bertambah banyak, baik banyak dari segi jumlah ataupun minimal terasa banyaknya. Tapi kalau tidak bersyukur, kenikmatan yang Allah berikan itu kita anggap sebagai sesuatu yang tidak ada ertinya dan meskipun jumlahnya banyak kita merasakan sebagai sesuatu yang sedikit.

Apabila manusia tidak bersyukur, maka Allah memberikan azab yang membuat mereka menjadi tidak tenang,

Allah berfirman yang ertinya: "Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tentram, rezekinya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk) nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat" (al-Nahl: 112)

5. TILAWAH, TASMI' DAN TADABBUR AL-QUR'AN.

Al-Qur'an adalah kitab yang berisi sebaik-baik perkataan, diturunkan pada bulan suci Ramadhan yang penuh dengan keberkahan, kerananya orang yang membaca (tilawah), mendengar bacaan (tasmi') dan mengkaji (tadabbur) ayat-ayat suci Al-Qur'an nescaya menjadi tenang hatinya, manakala dia betul-betul beriman kepada Allah Swt,

Allah berfirman yang artinya: "Allah telah menurunkan perkataan yang baik (yaitu) Al- Qur'an yang serupa lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhanya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya" (az-Zumar: 23).

Oleh kerana itu, sebagai mu'min, interaksi kita dengan al-Qur'an haruslah sebaik mungkin, baik dalam bentuk membaca, mendengar bacaan, mengkaji dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari. Manakala interaksi kita terhadap Al-Qur'an sudah baik, maka mendengar bacaan Al-Qur'an saja sudah membuat keimanan kita bertambah kuat yang berarti lebih dari sekedar ketenangan jiwa,

Allah berfirman yang ertinya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal" (al-Anfal: 2).

Dengan berbekal jiwa yang tenang itulah, seorang muslim akan mampu menjalani kehidupannya secara baik, sebab baik dan tidak sesuatu seringkali berpangkal dari persoalan mental atau jiwa. Kerana itu, Allah Swt memanggil orang yang jiwanya tenang untuk masuk ke dalam syurga-Nya,

Allah berfirman yang artinya: "Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku" (al-Fajr: 27-30).

Akhirnya, menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memantapkan ketenangan dalam jiwa kita masing-masing sehingga kehidupan ini dapat kita jalani dengan sebaik-baiknya.

wallahualam.. wassalamualaykum wbt...

15 Perkara Mengundang Bencana

DIRIWAYATKAN oleh at-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana, iaitu:

# Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang yang tertentu saja.

# Apabila zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan (terpaksa).

# Apabila sesuatu yang diamanahkan, menjadi milik sendiri.

# Apabila suami terlalu mentaati isteri.

# Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

# Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

# Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

# Apabila lebih ramai berbicara mengenai hal keduniaan dalam masjid.

# Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

# Apabila seseorang itu dimuliakan kerana takutkan tindakan buruknya.

# Apabila arak menjadi minuman biasa.

# Apabila lelaki memakai sutera.

# Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

# Apabila wanita memainkan alat muzik.

# Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang sangat dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu, adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, wajar untuk kita kembali kepada amalan dituntut oleh Islam bagi memastikan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Menikmati Kritikan Dan Celaan

Menikmati Kritik Dan Celaan

Kejernihan dan kekotoran hati seseorang akan tampak jelas tatkala dirinya ditimpa kritik, celaan, atau penghinaan orang lain. Bagi orang yang lemah akal dan imannya, nescaya akan mudah goyah dan resah. Ia akan sibuk menganiaya diri sendiri dengan menghabiskan waktu untuk memikirkan kemungkinan melakukan pembalasan. Mungkin dengan cara-cara mengorek-ngorek pula aib lawannya tersebut atau mencari dalil untuk membela diri, yang ternyata akhir dari perbuatannya tersebut hanya akan membuat dirinya semakin tenggelam dalam kesengsaraan batin dan kegelisahan.

Persis seperti orang yang sedang duduk di sebuah kerusi sementara itu di bawahnya ada seekor ular berbisa yang hendak mematuk kakinya. Tiba-tiba datang beberapa orang yang memberitahu bahaya yang bakal mengancam dirinya itu. Yang seorang menyampaikannya dengan cara halus, sedangkan yang lainnya dengan cara kasar. Namun, apa yang terjadi?

Setelah ia mendengar pemberitahuan itu, diambilnya sebuah pemukul, lalu dipukulkannya, bukan kepada ular namun kepada orang-orang yang memberitahu akan adanya bahaya tersebut.

Lain halnya dengan orang yang memiliki kejernihan hati dan ketinggian akhlak. Ketika datang badai kritikan, celaan, serta penghinaan seberat atau sedahsyat manapun, dia tetap tegar, tak goyah sedikit pun. Malah ia justeru dapat menikmati kerana yakin betul bahawa semua musibah yang menimpanya tersebut semata-mata terjadi dengan izin Allah Azza wa Jalla.

Allah Maha Mengetahui segala aib dan cela hambaNya dan Dia berkenan memberitahunya dengan cara apa saja dan melalui apa saja yang dikehendakiNya. Terkadang terbentuk nasihat yang halus, adakalanya melalui perbualan dan senda gurau seorang teman, bahkan tidak jarang berupa cacian teramat pedas dan menyakitkan. Ia pun dapat muncul melalui lisan seorang guru, ulama, orang tua, sahabat, adik, musuh, atau siapa sahaja. Terserah Allah.

Jadi, kenapa kita harus menyusahkan diri membalas orang-orang yang menjadi jalan keuntungan bagi kita? Padahal seharusnya kita bersyukur dengan sebesar-besar kesyukuran kerana tanpa kita bayar atau kita member gaji mereka sudi meluangkan waktu memberitahu segala keburukkan dan aib yang mengancam amal-amal sholeh kita di akhirat kelak.

Kerananya, jangan hairan jika kita saksikan orang-orang mulia dan ulama yang sholeh ketika dihina dan dicaci, sama sekali tidak menunjukkan perasaan sakit hati dan keresahan. Sebaliknya, mereka malahan bersikap penuh dengan kemuliaan, memaafkan dan bahkan mengirimkan hadiah sebagai tanda terima kasih atas pemberitahuan ehwal aib yang justeru tidak sempat terlihat oleh dirinya sendiri, tetapi dengan penuh kesungguhan telah disampaikan oleh orang-orang yang tidak menyukainya.

Sahabat, bagi kita yang berlumuran dosa ini, haruslah senantiasa berwaspada terhadap pemberitahuan dari Allah yang setiap saat boleh hadir dengan berbagai bentuk.

Ketahuilah, ada tiga bentuk sikap orang yang menyampaikan kritikan. Pertama, kritiknya benar dan caranya pun benar. Kedua, kritiknya benar, tetapi caranya menyakitkan. Dan ketiga, kritiknya tidak benar dan caranya pun menyakitkan.

Bentuk kritik yang manapun datang kepada kita, semuanya menguntungkan. Sama sekali tidak menjatuhkan kemuliaan kita dihadapan sesiapapun, sekiranya sikap kita dalam menghadapinya penuh dengan kemuliaan sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kerana, sesungguhnya kemuliaan dan keredhaanNyalah yang menjadi penentu itu.

Allah SWT berfirman, "Dan janganlah engkau berduka cita kerana perkataan mereka. Sesungguhnya kekuatan itu bagi Allah semuanya. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." QS. Yunus [10] : 65

Ingatlah, walaupun bergabung jin dan manusia menghina kita, kalau Allah menghendaki kemuliaan kepada diri kita, maka tidak akan membuat diri kita menjadi jatuh ke lembah kehinaan. Apalah ertinya kekuatan sang makhluk dibandingkan Khaliknya? Manusia memang sering lupa bahawa Kudrat dan Iradat Allah itu berada di atas segalanya. Sehingga menjadi sombong dan takbur, seakan-akan dunia dan isinya ini berada dalam genggaman tangannya. Naudzubillaah!!!

Padahal, Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Katakanlah, Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan. Engkau berikan kerajaan kepada orang Kau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Kau kehendaki. Engkau muliakan yang Kau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Kau Kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu." QS. Ali 'Imran [3] : 26

Permainan Kapur Dan Pemadam

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.

"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. ......... ...

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. .. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh- musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Manusia Dan Kehidupan

Sesungguhnya hitungan nafas telah ditetapkan, hitungan detik telah diperhitungkan.

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi modal tapi tidak digunakannya,

Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi nafas tapi disia siakannya,

sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi waktu tapi disia siakannya,

Demi Allah, sesungguhnya semakin hampir penghujung kehidupan kita,

Hisab semakin nyata, dan sesungguhnya Hisab Allah amatlah berat,

Saudaraku, Janganlah sia-siakan nafas kita, jangan sia-siakan waktu kita,

Sesungguhnya Hanya Allahlah jua tujuan kita...

Perjalanan hidup manusia, menempuh alam dunia menghabiskan waktu, yang tiada lama

Usia bertambah makin senja, tiada terasa tak tersedar

Semakin dekatlah kematian, akan menjelang tiba

Sedarilah, usia amanah dari Illahi

Sedarilah, ia pasti kan diminta

Pada Illahi di pertanggungjawab

Sedarilah, jalani hidup ini penuh makna

Sedarilah, pastikan ia berearti diakhirat yang abadi.

Tahun itu ibarat pohon

Bulan bulan adalah dahannya

Hari hari adalah rantingnya

Jam demi jam adalah daunnya

Nafas-nafas manusia adalah buahnya

Maka barangsiapa nafas nafas kehidupannya dalam ketaatan ,

maka buah dari pohon itu adalah kebaikan

Dan barangsiapa nafas-nafas kehidupannya dalam kemaksiatan,

maka buah dari pohon itu adalah buah yang pahit

Sesungguhnya saat memetik buah pohon itu adalah kelak di akhirat

Saat memetik itulah baru dapat diketahui manis atau pahitnya buah nafas-nafas itu.

Sesenduk Madu

Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesadaran warga kotanya.

Raja memerintahkan agar setiap orang, pada suatu malam yang telah ditetapkan membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit di tengah kota.

Seluruh warga kota memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi, dalam pikiran seorang warga kota, Fulan; terlintas cara untuk mengelak perintah tersebut.

"Aku akan membawa sesendok penuh, tapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungiku dari pandangan mata orang lain. Sesendok air tidak akan mempengaruhi isi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota."

Tibalah waktu yang ditetapkan. Apa kemudian yang terjadi?

Bejana itu ternyata seluruhnya berisi penuh dengan air!

Rupanya seluruh warga kota berpikiran sama dengan si Fulan. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggung jawab.

Kisah simbolik ini sering terjadi dalam berbagai kehidupan masyarakat. Idealnya memang bahwa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, baru kemudian melibatkan pengikut-pengikutny a.

"Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku " - (QS Yuusuf; 12:108)

"Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin (pengikut-pengikutm u)" - (QS An Nisaa'; 4:84)

Perhatikanlah kata-kata : "tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri".

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu"

Setiap orang menurut Beliau adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya. Berarti setiap orang harus harus tampil terlebih dulu. Sikap mental yang seperti ini akan menyebabkan bejana sang raja akan penuh dengan madu, bukan air, apalagi racun.

- Sumber: Lentera Hati, M Quraish Shihab

Ibadat Doa

BERDOA adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah.

Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat."

Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

1. Doa yang dimakbulkan segera di dunia.

Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

2. Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.

Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

3. Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa.

Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

'Melampau" Dalam Beramal

Di dalam sebuah hadith Riwayat Tirmizi diceritakan bahawa sahabat Abu Darda' r. a. telah dijangkit penyakit "melampau-melampau" dalam beramal.

Abu Darda' dan Salman telah dipersaudarakan. Suatu hari sahabat Salman r. a. telah melawat beliau. Ketika itu dia tiada dan kelihatan isteri Abu Darda' yang di dalam keadaan yang lusuh. Apabila ditanya, isterinya bertanya, "Sessunguhnya Abu Darda' tidak lagi memerlukan dunia." Abu Darda' telah beribadat di masjid, sehingga melupakan isteri di rumah. Lalu, apa guna isteri bercantik-cantik?

Seterusnya Abu Darda' pulang dari masjid. Salman dijemput makan, namun Abu Darda tidak menjamah kerana beliau berpuasa. Pada malam harinya, ketika waktu tidur, Abu Darda bangun untuk bertahajud. Salman lalu menegur Abu Darda dan menyuruh beliau tidur semula.

Esoknya Salman berpesan, "Sesungguhnya dirimu mempunyai hak ke atasmu. Tuhanmu mempunyai hal atasmu, tamumu mempunyai hak ke atas mu, dan bagi ahli kamu(isteri dan anak) atas kamu adalah hak. Maka berilah hak kepada tiap-tiap yang mempunyai hak itu akan haknya."

Hadith ini mengajar kita untuk meletak keutamaan di dalam beramal. Hidup lebih seimbang. Itulah ciri-ciri peribadi Islam yang cantik.